Tuesday, August 2, 2011

Succulent leaves are wilting

Salam n good morning.
Just want to ask for help about my succulent.
I just bought it a week ago and now the leaves started to wilt and die one by one.
I wonder why, I water the succulent once per 3 days as suggested.

This is the succulent (i don't know the type though)



This is one of the leaves that wilt

I need to take immediate action before the whole succulent wilt.

Help please... What should I do?

---------------------------------------------------------------------------------------






Monday, April 25, 2011

Inking

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Saja nak kongsi progress kerja me. X sangka dalam satu hari bley inking 2 pg. Alhamdulillah~~
Well, mungkin sebab panelnya yg sedikit.
Kepala dah pening sebab banyak guna marker, baunya agak mengancam..
Oh, tak boleh jadi, kena cari software photoshop jugaks... Laptop baru me nih xde photoshop.. yg lamenyer ada lar tp da ranap....

Ok, inilah 2 pg yg ku dah siap inking tuh. Ku x letak dialog or sfx lagi. pun sama, kena tunggu photoshop. heee~

(ye, saya tahu saya x pandai lukis gambar bumi...)

Sekian sahaja, Wassalam..

Wednesday, April 20, 2011

Cuba2 lukis 10 pg awal -RAW-

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada sapa2 yg terkunjung blog ku ini~
Hari ni nak post ini sahaja.

Jangan curi ya~

(Ada sebahagian yang masih belum letak dialog)












Sekian, wassalam..



Saturday, December 11, 2010

Cuti2 Hujung minggu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all visitors of this not really-up-to-date blog.
So, skang nih 3.44 am, 12/12/2010, Sunday.
Sedang bosan2 x tau nak bwat apa.
Result for this sem is very dissappointing tho'. Below 3 pointer, for the first time in my life. Well, next time I don't want to have too much hope or expectation in everything. Less trust on others, itu akan jadi azam tahun baru 2011. Don't have mood to continue practical for next sem (which is the last sem)
Tengah2 cuti nih x buat apa, melainkan duduk di rumah surfing internet, fb, twitter etc...
My comic also is on the way.



Since it almost XMAS, I've some PRESENTS for may favourite foreign stars~~
(Click the image to view in larger size)



The first one is to; JOHN STAMOS, LORI LOUGHLIN, BOB SAGET, CANDACE CAMERON, ANDREA BARBER, JODIE SWEETIN and DAVE COULIER.

Next up,..

The 2 General Hospital (GH)
actors, SCOTT REEVES n STEVE BURTON, which I followed on twitter.

Then, my 2 favourite Puerto Rico and Gothenburg singers,..

RICKY MARTIN n also BOSSON.

Lastly, to my four admirable actors, which are;

VICTOR BROWNE, TOM CRUISE, SHAWN CHRISTIAN n MICHAEL REILLY BURKE.



MERRY XMAS n Have a Wonderful, Joyful n Blessed Holiday

~~Wassalam~~
-out-

Sunday, October 24, 2010

SekAdAr ReNungAn BerSaMA

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

by Nor Abu on Sunday, October 17, 2010 at 11:33pm

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.

"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Wednesday, May 26, 2010

cerita lama~~

salam2 semua insan yg "terjatuh" di blog daku secara sengaja mahupun tidak~~
lama juga daku tidak menupdate blog daku.
Hari nih nak updatekn citer lama (komik) yg daku penah sketch jln citer nyer, dan baru cuti sem lepas sedang diikhtiarkn utk diperbaharui.

daku preview ya~~


stakat sampai cuti seblum masuk U, dah sampai 46 m/s sketch n baru smpai tengah tajuk 3.
Huhuhu... then bila dah masuk U, dah xda masa nk update komik tuh dan terbiar..
skang biler tgk balek, ader memori n keinginan utk menyambung komik nih, tp jln cerita dia plak terkubur.
sebab tym daku rangka komik nih jln citer dlm kpala otak jer, mencurah-curah melimpah ke ladang gandum.
bila dah ditinggalkan, lesap jln citer nya.
tpaksa organize balek penyambung citer nih.
xpe2 masih ada idea yg melimpah-limpah lg utk dicurahkan.
usaha~~ >_

Monday, May 10, 2010

THE HOUSE = jln cerita

Salam2 senua nya~~~
Rasanya dh smpai masa utk daku update blog daku nih.
OK, sejak kebelakangan nih daku hanya bz dgn Facebook.
Dan juga skarang adalah minggu exam.
Yg terakhir skali tinggal ialah ViVa utk Assessment yg mengandungi 4 assessment=
Bayley, Peabody, Miller & Denver.

Ok now to my COMIC~~~
Uh yeah~~~
Ceritanya adalah seperti yg berikut==== jeng, jeng, jeng, jeng~~~~:





THE HOUSE / RUMAHKU = Mengisahkan kehidupan seharian Jay bersama keluarga, rakan-rakan, dan juga kenalan2 yg lain.

Jilid 1, akan daku memperkenalkn barisan karakter melalui satu kes jenayah yg berlaku di kawasan perumahan Jay. Kes ini bermula daripada beberapa siri kejadian rompakan dan kecurian di beberapa buah rumah di kawasan tersebut, yg kemudiannya telah mengejutkn seluruh penduduk kwasan trsebut apabila kejadian yg sama telah "melanda" sekolah pada awal tahun, di mana wang yg dibawa oleh para pelajar untuk membayar yuran persekolahan telah dicuri, dan salah seorang drpnya ialah Adib, sepupu Jay dan rakan barunya, Zami.

Jay dan rakan-rakan, Salmi, Mohan, Mei Ling, dan Iezma, selaku ahli Kelab Pencegah Jenayah, serta kakaknya, Aisyah dan rakan karibnya Najwa, bersama-sama memulakan siasatan di mana mereka mengesyaki bahawa penjenayahnya adalah dalam kalangan para pelajar. Selang beberapa hari satu kejadian lain yg melibatkn harta benda guru dan sekolah pula telah berlaku, dan sekaligus menolak teori dakwaan Jay. Tabung wang simpanan pelajar milik Pengetua, Laptop En. Mahmood, beg tangan Pn. Fatimah dan juga telefon bimbit dan dompet Ms. Lucia. Lantaran itu, Insp. Bakar dan anggota siasatan telah hadir ke tempat kejadian dan memulakan penyiasatan.

Pada masa yang sama, apabila seluruh penduduk kecoh dgn kes2 jenayah, Ard selaku watak yg penuh misteri telah muncul, seiring dengan kejadian yg pernah trjadi 2 bulan lalu yg sekali lagi telah berlaku di mana org ramai telah melihat lembaga putih bermundar-mandir di kawasan hutan di belakang sekolah. Ard yang tertarik dengan kebolehan deria ke-6 Adib, mula mendekati Adib dan berkawan dengannya. Oleh sebab Ard, yg mengatakan dirinya tinggal di tempat yg jauh dan sukar bg mereka utk berjumpa dan berbual utk masa yg lama, telah mencadangkn agar mereka saling bertukar diari untuk menceritakn kisah seharian mereka, dengan menjadikan kawasan lapang yg terbiar berdekatan dengan hutan tersebut sebagai tempat bertukar diari. Tanpa disangka-sangka, cerita seharian Ard telah mendatangkan rasa syak wasangka kepada Adib di mana cerita tersebut sangat berkait rapat dgn kes yg sedang berlaku.

Dengan mengikuti sepenuhnya jln cerita tersebut, Adib mula menjalankn siasatannya sendiri dengan menyiasat kwsan persekitaran sekolah, dan berjaya menjumpai bukti yg menunjukkan kes jenayah yg lebih berat terlibat disebalik kes kecurian tersebut serta jawapan bagaimana beberapa org dalam, Abg Matt, Uncle Muthu dan En Murad terperangkap secara x langsung dlm menyembunyikan bukti tersebut.

Malang tidak berbau apabila Adib telah diserang dan disembunyikan oleh penjenayah ketika dlm prjlnan pulang dr lokasi bertukar diari utk memberitahu Insp Bakar mengenai bukti tersebut...


2 be continued.............................................................

So, mcm mana setakat ni??
menarik x ??

give yer komen ne~~~

wassalam~~~

Thursday, February 11, 2010

Komik akan datang~~

Salm Sejahtera kepada semua pengunjung2 blog daku~~


Daku tahun nih sebnar nya dah berazam tuk produce kan satu k0mik, tp stil x tau samaadanak pulish atau tdk.
Daku akan cuba sedaya yg mungkinutk hasilkannya.
Walaupun tengah kelamkabut pasal assignment n praktikal bulan Mac nnti.
So, cuti midsem pun dah nk sampai, kena siapkan semua assignment, n study utk test n segala-galnyalah. then baru update komik.
Daku aru siap 6 raw pages utk komik daku nih..
time nak masuk pg ke-7, dah jadi agak bz.
test, quiz, program..dll..
Jadik,tuggu cuti CNY nir je laa..

OK that's all~~
buh-bye~~~

Wassalam~~

Saturday, January 23, 2010

Doraemon Movie 2009

Salam~~
maybe some dah tau yg daku dah dwnload Doraemon movie 2009.

So, tinggal nak inform kat blog nih jer laa.

that's all~

wassalam~~

Thursday, January 14, 2010

Menunggu Cuti Mid-Sem

Salam~~
HUH~~!! Dah lama daku x update blog daku, tp at least setiap bulan mesti kena update, even skali. Al-maklumlah dah start blaja semula, musti bz giler. Sem nih amek Peadeatrics plak. Kena maen ngan budak2 tym practical nnti, including baby2. Ish, nih yg daku x gemar nih. Daku bukannya expert sangat ngan rugrats kalian. Lagi2 kalo dpt yg hyperactive punyer rugrats.

Dah cukup sumer tuh. Skang daku kat kolej tgh bz ngan assignments n keje2 yg belambak. Tp ada gak laa bwat skit komik strip tk tatapan umum. masih x update lg pasal scanner kat rumah. Yg hari tuh punya pon pinjam scanner kawan, x maulaa pinjam byk kali, kang org ckp muka x malu plak. Silap2 dia charge kang baru tau.

So, daku memang x sabau nak balek rumah cuti mid-sem nnti. Ada scanner, n bleh bukak Comic Extreme Lab tajaan Paws Inc. Daku rasa lebih senang nak bwat dialog box guna service tuh. Still byk lg yg blom di'explore', so tunggu balek nnti ahh. skang just lukis2 n siapkan inking tuk semua dulu.

Dan... daku pon nak download movie lar.. ape lg,hehehe.. guna torrent kat rumah laju. tuh yg sedap tuh. hehehehehe. berikut adalah movie2 nyer yg sedang dau tunggu2.

jeng jeng jeng~~

tuh jer utk entri kali nih~~

wassalam~~

Monday, December 21, 2009

TwO

Salam sejahtera semua nyer~

Daku dah lama tak update blog daku.
Jadi daku juz nak memberitahu apa yg daku lakukan sepanjang cuti yg dah nak habis nih.
Macam biasa, bangun, tido, makan, semayang, men pc..
Macam tu lah rutin harian daku.
Dah nama pun cuti...

Tajuk blog daku ialah TwO, bermaksud 'Dua'.
Aper yg 'Dua' nyer tuh?

Jang, jang, jang...



Hohoho~~
2 komik tuh~~~~
Daku akan cuba buat 2-2 komik nih berkaitan.
The House-- Berdasarkan Realiti kehidupan harian.
The World-- Berdasarkan Realiti yang bertembung dgn Fantasi.

Itu saja utk kali ini..
sekian~~

Monday, December 7, 2009

dapat lagi~~

salam sumer~
daku sangat gumbira hari nih.

sebab dah dpt dwnload

pokemon movie 12: Arceus and the jewel of light~~


oh hohohoho~~

oh ya~
daku skarang tgh renew balek komik2 buruk daku.
bile dh stahun baru sedar betapa hudus nyer komik2 lpas.
komik The World (30 m/s & still on the way).
daku ad paparkan kat devantart daku (versi lama punya).

tuh jer.
wassalam~~

Friday, December 4, 2009

BU~HAHAHAHA~~~

mwahahahahahaaha~~~~

(agak2 jer ler aper yg daku nk ckpkan)

wassalam...

Monday, November 30, 2009

Ceritaku kini~~


Salam~~ semua nyer~~

dah lama x update blog, akhir nyer awal disember baru nk update.
so, daku dh habis sem 3, sem 4 dtg dlm 26 hari lg.
daku pun dh tinggalkan jawatan "JPK" kolej. dh pencen dr jawatan tuh.
Alhamdulillah,.. x lah sebok2 lg lpas nih.

Daku pun nk ucapkan Salam Aidiladha 2 all, walaupun dh beberapa hari berlalu.

dan pada hari yg mulia itulah, berita sedih melanda famili.
Atuk saudara (lagi) belah bapa pula meninggal, sebab sakit tua agaknya.
Arwah tok jaafar pernah jadi cikgu bagi mak n adik-beradik nyer.
jadik, dpt rasalah, penangan peninggalan arwah ke rahmatullah.

daku pun x tau nk ckp per, even x rasa sedih sangat, bwat2 la sedih.
(kang kalau ceria jer kang org ckp kurang ajar plak).. -__-" sigh..

ader lg satu citer.. di mana mlm td mak daku terima berita dr tok wan yg mengatakan duet nyer hilang.. 500 lebih (Ringgit Malaysia bukan Rupiah). Duet nyer itu hilang drp tempat2 persembunyiannya dan telah dijumlahkan kehilangan tersebut. Bekas simpan duet masih ada, cuma isinya yg xde (biasalah tu kalo dah kena curik). Dan mlm hari itu juga tok wan ku dapati duetnyer hilang beberapa ringgit dr beg tangan nyer.

Mak pula syak kes ini dilakukan oleh penjenayah kanak-kanak yg kecil lg hijau di mana nama mereka ialah TO & YOL. Daku pula buat kesimpulan, nenek daku lupa yg duet nyer telah digunakan oleh org laen. Tp sebab tempat tuh kampung, so, terpaksa percayalah dgn bebender nih. Pelbagai nasihat telah diberikan kpd tok wan.
Hinggakan nasihat yg x dpt diterjemahkan secara logik dan saintifik oleh akal fikiran daku yg x berapa matang lagi waras juga telah diberi (dgn kata laen, x masuk akal laa..).

Dunia,dunia.. Daku belum tengok duet daku dlm beg duet lg. maner tau kot2 hilang ker.. duet hilang xper, kad bank hilang memang x buleh.
hohoho..

oh ya daku dah dpt movie nih~

ituh jer~ wassalam~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, November 15, 2009

I'M STILL ALIVE~~~~~

Salam2 sumer nyer~~
daku masih hidup, masih sihat.
cuma ada tekanan exam finale jer. huhu.
alhamdulillah, dah abes sumer paper, tinggal case presentation, ngan exam practical.
Kurukuru-chan, daku akan merasai apa yg kamoo rasa~~
esok (16/11/09), ad case presentation yg pasti akan dihentam teruk oleh therapist.

biau jer lah.
doakan aku byk2.
tiup2kan kat blog ak nih.
hehehehe~~

ak skang dah bersemangat nak try semula inking komik ak smpai jd profesionalist.
thanks to aman yg jwab sumer ptanyaan daku.

ok laa. tuh jer~~~
wassalam~~~

Sunday, October 4, 2009

dah dapat, dan masih belum didapati.

salam~~
daku baru lpas baik demam. dah ok sket.
esok (5/10) ade bwat home visit kat umah org tua.
biau kan citer esok tuh.

daku dh dpt dwnload akhirnya citer yg daku carik sejak sem lpas.
Tq torrent~~



Citer yg sangat best, clean tuk semua peringkat umur, musim baru, byk pengajaran.
the moral of the story: jgn rakus dengan hasil bumi, selamatkan bumi dr kemusnahan, dan banyak lagi~~

yg nih plak yg daku nnti-nnti kan~~




memang sangat2 dinantikan oleh daku.
itu saja~~
p/s: Aman daku dh antar 4 pgs sketch kat kamoo. tgk2 kan lah ek~~
daku masih menyambung cerita lg. pelan2. hohoho~

wassalam~~~~~~~~~~

Monday, September 28, 2009

Sick and death


(konvoi raya~~)

Salam Aidilfitri sumer2 nyer~~~
Suasana Aidilfitri pasti meriah~
Bagi sesiapa yg tdk bernasib baik, banyak2 kan lah bersabar. tahun depan ada lagi.
Daku raya tahun nih, normal cam biasa. Cuma ade bwat konvoi raya dgn ex-classmates.
Jln sana, jln sini, last2 kul 6 ptg baru balik rumah.
*Cikin, naek keta ko memang gempak arr~~ sangat "meriah"~~ lol.*
then, hari jumaat nyer daku start sakit...
jumaat start rasa pening kepala, then sabtu pagi selsema, petang tuh dh batuk2 then ahad dh start sesak nafas.. demam.. sakit2 badan..
Ish.. cam simptom2 H1n1 jer... sangat bahaya..
then pegi klinik, doktor ckp URTI, hoo.. naseb baek bukan ILI..
kalo pi spital konfem2 kena tahan, disyaki h1n1.
Skang nih pun tengah sakit lg, MC 2 hari, so x pi praktikal isnin n selasa.
Then, pagi nih gak dengar khabar pemergian seseorang di kampung yg telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah kpd arwah Tok Jah..
daku x pergi ziarah, sebab daku x boleh nak adapt dgn suasana yg agak gloomy. daku pun x brp sihat lg nk kluar jln2.
memang agak luar biasa,.. baru2 nih memang ramai betul yg meninggal..
masa ziarah rumah sedara, tok sedara dll.. memang banyak btul khabar2 org meninggal..
Dlm banyak2 khabar tuh gak, byk nyer meninggal diam2 (bukan sebab accident), tidur jer meninggal, maknanya meninggal tanpa disedari.
tak tahulah kenapa.. semua itu adalah kehendak yg maha esa..
kita semua redha sajalah dgn pemergian mereka2 itu..
Al-Fatihah sekali lagi bagi mereka2 semua yg telah pergi menghadap Ilahi.

so, esok daku dh start praktikal semula. mesti kena hentam dgn therapist yg sorang tuh. biar jer lah, x tau aper masalah dier..

tu saja dlm blog kali nih...
wassalam~~~

Tuesday, September 8, 2009

present for my lecturer

salam~
daku nak bitau yg daku dah janji ngan lecturer daku tuk hadiahkan satu
drawing daku kat beliau, lepas berbincang tajuk "Dreams Never Die".

so, ini lah drawing yg bakal daku berikan.

cakap pasal dreams never die, yup impian daku memang sebenar-benar nyer adalah untuk menjadi seorang kartunis.

Tapi nmpaknyer dah menyimpang jauh, sejak memasuki form 4, di mana daku telah terikat dengan sains sehingga sekarang daku berada dlm fakulti sains kesihatan. Tp, daku x kisah, pasal minat daku terhadap lukisan still not die. Mungkin dari banyak pengalaman yang berlainan nih daku boleh hasilkan sebuah komik yg agak interesting ( x tau laa ape bende yg interesting tuh ).

so, wait for my present madam~~

next week, praktikal dah start, maybe dpt spital melaka. doa-doakan daku succeed~~

wassalam.

Wednesday, September 2, 2009

NeW ComIc ?? NeW woRLd ??

Assalamualaikum semua nyer~~
Salam Sejahtera~~

hoho, bahasa kena baek ckit tym Ramadhan nih. jgn bwat dosa banyak2 tym Ramadhan, nnti x dpt berkat plak.
hehe, merepek yg bukan2 plak daku nih.

so, daku tym bulan yg mulia nih slalu byk tido, x tau knp. asyik nak tiiiiidooooo jew. Walaupun daku cuba nak lawan tido tuh, tp ttp  tido gak. xpelah org ckp tido tuh satu ibadah. hehehe...

Sebnau nyer, daku nak ckp, tym daku tido tuh, daku termimpi satu imaginasi land yg sangat menarik. so, daku pun terpikir-pikir nak bwat kan satu citer yg baru utk komik daku. Jadi, komik The World yg in progress tuh bleh hold kejap lah. hehehe..

Citer nih citer pendek jew, so rasa nyer x amik masa sangat kot.. ("kottt...")

nnti kan lah update drp daku.
wassalam~~~

Tuesday, August 25, 2009

Rindu Deviantart~~


(credit kat semua2 yg ak amek gambar2 nyer. sori x mintak permission.. =P)

salam2.
daku rasa sangat2 rindu kat Deviantart Community.
daha lama daku x mengupdatekan account daku di deviantart.
daku pon x tau apa dah berlaku di sana..
al-maklumlah internet di sini sangat teruk tahap kurang ajaq.
bukak deviantart, separuh jalan jer.
susah nak edit or update blog.kejap2 stuck, tuh jer..
so utk mengurang kesedihan dan rindu daku kepada deviantart, daku post lah gambar ini di sini..