Wednesday, May 26, 2010

cerita lama~~

salam2 semua insan yg "terjatuh" di blog daku secara sengaja mahupun tidak~~
lama juga daku tidak menupdate blog daku.
Hari nih nak updatekn citer lama (komik) yg daku penah sketch jln citer nyer, dan baru cuti sem lepas sedang diikhtiarkn utk diperbaharui.

daku preview ya~~


stakat sampai cuti seblum masuk U, dah sampai 46 m/s sketch n baru smpai tengah tajuk 3.
Huhuhu... then bila dah masuk U, dah xda masa nk update komik tuh dan terbiar..
skang biler tgk balek, ader memori n keinginan utk menyambung komik nih, tp jln cerita dia plak terkubur.
sebab tym daku rangka komik nih jln citer dlm kpala otak jer, mencurah-curah melimpah ke ladang gandum.
bila dah ditinggalkan, lesap jln citer nya.
tpaksa organize balek penyambung citer nih.
xpe2 masih ada idea yg melimpah-limpah lg utk dicurahkan.
usaha~~ >_

Monday, May 10, 2010

THE HOUSE = jln cerita

Salam2 senua nya~~~
Rasanya dh smpai masa utk daku update blog daku nih.
OK, sejak kebelakangan nih daku hanya bz dgn Facebook.
Dan juga skarang adalah minggu exam.
Yg terakhir skali tinggal ialah ViVa utk Assessment yg mengandungi 4 assessment=
Bayley, Peabody, Miller & Denver.

Ok now to my COMIC~~~
Uh yeah~~~
Ceritanya adalah seperti yg berikut==== jeng, jeng, jeng, jeng~~~~:





THE HOUSE / RUMAHKU = Mengisahkan kehidupan seharian Jay bersama keluarga, rakan-rakan, dan juga kenalan2 yg lain.

Jilid 1, akan daku memperkenalkn barisan karakter melalui satu kes jenayah yg berlaku di kawasan perumahan Jay. Kes ini bermula daripada beberapa siri kejadian rompakan dan kecurian di beberapa buah rumah di kawasan tersebut, yg kemudiannya telah mengejutkn seluruh penduduk kwasan trsebut apabila kejadian yg sama telah "melanda" sekolah pada awal tahun, di mana wang yg dibawa oleh para pelajar untuk membayar yuran persekolahan telah dicuri, dan salah seorang drpnya ialah Adib, sepupu Jay dan rakan barunya, Zami.

Jay dan rakan-rakan, Salmi, Mohan, Mei Ling, dan Iezma, selaku ahli Kelab Pencegah Jenayah, serta kakaknya, Aisyah dan rakan karibnya Najwa, bersama-sama memulakan siasatan di mana mereka mengesyaki bahawa penjenayahnya adalah dalam kalangan para pelajar. Selang beberapa hari satu kejadian lain yg melibatkn harta benda guru dan sekolah pula telah berlaku, dan sekaligus menolak teori dakwaan Jay. Tabung wang simpanan pelajar milik Pengetua, Laptop En. Mahmood, beg tangan Pn. Fatimah dan juga telefon bimbit dan dompet Ms. Lucia. Lantaran itu, Insp. Bakar dan anggota siasatan telah hadir ke tempat kejadian dan memulakan penyiasatan.

Pada masa yang sama, apabila seluruh penduduk kecoh dgn kes2 jenayah, Ard selaku watak yg penuh misteri telah muncul, seiring dengan kejadian yg pernah trjadi 2 bulan lalu yg sekali lagi telah berlaku di mana org ramai telah melihat lembaga putih bermundar-mandir di kawasan hutan di belakang sekolah. Ard yang tertarik dengan kebolehan deria ke-6 Adib, mula mendekati Adib dan berkawan dengannya. Oleh sebab Ard, yg mengatakan dirinya tinggal di tempat yg jauh dan sukar bg mereka utk berjumpa dan berbual utk masa yg lama, telah mencadangkn agar mereka saling bertukar diari untuk menceritakn kisah seharian mereka, dengan menjadikan kawasan lapang yg terbiar berdekatan dengan hutan tersebut sebagai tempat bertukar diari. Tanpa disangka-sangka, cerita seharian Ard telah mendatangkan rasa syak wasangka kepada Adib di mana cerita tersebut sangat berkait rapat dgn kes yg sedang berlaku.

Dengan mengikuti sepenuhnya jln cerita tersebut, Adib mula menjalankn siasatannya sendiri dengan menyiasat kwsan persekitaran sekolah, dan berjaya menjumpai bukti yg menunjukkan kes jenayah yg lebih berat terlibat disebalik kes kecurian tersebut serta jawapan bagaimana beberapa org dalam, Abg Matt, Uncle Muthu dan En Murad terperangkap secara x langsung dlm menyembunyikan bukti tersebut.

Malang tidak berbau apabila Adib telah diserang dan disembunyikan oleh penjenayah ketika dlm prjlnan pulang dr lokasi bertukar diari utk memberitahu Insp Bakar mengenai bukti tersebut...


2 be continued.............................................................

So, mcm mana setakat ni??
menarik x ??

give yer komen ne~~~

wassalam~~~